24 January 2021

KENYATAAN ISTERI SHUK - KEKASIH GELAP TAMPIL BALAS: "AKU PERSILAKAN KAU CALL JAIS"



Kemelut rumah tangga pelawak, pengacara dan penyampai radio Shuk Sahar sejak semalam kembali hangat diperkatakan selepas isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah menerusi laman Instagram miliknya mendakwa suaminya curang lagi.

Terbaru, isu tersebut bertambah panas Rossalennah memuat naik satu entri dimana dia bersama wanita gelap suaminya dikenali sebagai Fara Salleh saling berbalas kenyataan di Instagram. Menurut Fara, dia tidak pernah menghalau Rossalennah seperti yang didakwa oleh isteri Shuk.

"Semalam kau kata nak call Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) kalau aku tak bagi kau masuk. Aku persilakan kau call JAIS, aku siap bagi tahu call polis. Memang aku tak bagi masuk sebab rumah aku. Aku boleh tunjuk tour satu rumah kalau betul sembunyikan manusia dalam rumah.

"Bila masa aku halau kau, nak tunggu depan rumah sampai manusia kau cari tu keluar. Bila masa aku dirayu sampai kau menangis. Bila masa aku campak kasut dekat kau," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian itu juga, Rossalennah turut berkata dia mempunyai bukti kukuh serta mendakwa jiran-jiran turut menyaksikan kejadian tersebut.

"Melawan ko Fara. Ko ingat aku diam lagi ka.. Jiran mu jadi saksi. Ok dia ni tahan maki tahan tukul. Sudah jelas bukti semua ada melawan lagi pos-pos di IG semua. Handalan," ujarnya.

Terdahulu, Rossalennah mendedahkan suaminya masih menjalinkan hubungan dengan wanita sebelum ini yang dikenali sebagai Fara. Katanya lagi, dia turut menerjah ke kediaman wanita berkenaan untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun permintaannya tidak diendahkan.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram @rossa.sera

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: