26 January 2021

"SAYA LAH WANITA PALING BERTUAH" - YUNA & SUAMI SAMBUT ANNIVERSARY KETIGA



"Selamat ulang tahun perkahwinan kepada teman hidup saya selamanya. Setiap perkara dalam hidup saya tidak cukup sempurna sehinggalah saat kita bertemu. Awak buat saya ketawa, awak membahagiakan dunia saya.

"Saya lah wanita yang paling bertuah," tulis penyanyi popular bertaraf antarabangsa, Yuna yang menyambut ulang tahun perkahwinannya yang ketiga bersama suami tersayang, Adam Sinclair, hari ini.

Dalam masa sama, suami Yuna turut mendedikasikan ucapan buat isteri tercintanya itu menerusi laman Instagram miliknya.

"Selamat ulang tahun untuk pasangan penjelajah saya. Walaupun kita tidak mengembara sejak kebelakangan ini, saya masih menemui banyak perkara tentang awak, love you yang!" tuturnya.

Klik untuk gambar besar



Melihat pada ruangan komen pula, rata-rata pengikut serta rakan-rakan industri mengucapkan selamat ulng tahun kepada pasangan ini. Antara figura yang menulis ucapan adalah Nur Fazura, Liayan Jasmay, Bunga Citra Lestari, Hatta Dolmat dan ramai lagi.

Untuk makluman, Yuna dan Adam selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri pada 26 Januari 2018 dalam sebuah majlis indah di Puncak Rimba, Bentong, Pahang.




www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Yuna & Adam Sinclair

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: