26 January 2021

"NAK RECALL BALIK..." - NADIA BRIAN BELAJAR SEMULA MENGAJI MUQADDAM



Pelakon Nadia Brian baru-baru ini menerusi Insta Story telah memuat naik video dirinya manis bertudung dan sedang mempelajari bacaan mengaji secara online.

Dalam pada itu, Nadia turut mengharapkan orang ramai mendoakan agar urusan untuk belajar mengaji dipermudahkan.

"Assalamualaikum, ramai DM Nadia cakap, 'Nadia baru nak belajar muqadam ke, baru nak mengaji ke?'. Saya berharap semua orang dapat mendoakan saya. Saya sebenarnya memang nak belajar dari awal balik," katanya.

Tambah Nadia lagi, dia mengakui tujuan pembelajaran itu adalah untuk menambah ilmu dan memperbaiki bacaan dengan lebih betul.

Klik untuk gambar besar



"Nak recall balik walaupun kita dah tahu ke, tak tahu ke, its okay untuk belajar balik dengan cara yang betul," tuturnya.

Sebelum ini, hangat diperkatakan mengenai Nadia apabila dia ditawarkan berlakon drama di Hollywood. Namun, tawaran itu ditolak kerana perlu melakonkan babak berbogel.

Rata-rata netizen memuji Nadia yang tetap dengan pendiriannya mahu menjaga nama baiknya serta keluarga. 


TONTON VIDEO NADIA BRIAN BELAJAR SEMULA MENGAJI MUQADDAM




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nadia Brian

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: