15 January 2021

SEKALI LAFAZ - ANAK FATIMAH ABU BAKAR, SHARIFAH ARYANA SAH BERGELAR ISTERI



Pada pukul 2.30 petang tadi, anak kepada Fatimah Abu Bakar iaitu Sharifah Aryana Syed Zainal Rashid kini telah sah bergelar isteri dengan sekali lafaz. Aryana telah memilih Jad Hanif Jimmy sebagai suaminya.

Dalam majlis pernikahan yang diadakan serba ringkas itu menyaksikan Aryana atau panggilan mesranya Yana diwalikan oleh bapanya, Syed Zainal Rashid dengan disaksikan secara atas talian oleh Iman Ustaz Mohd Khairil Nizam.

Majlis akad nikah tersebut dilakukan secara atas talian bersama dengan ahli keluarga Jad di Kuching, Sarawak, ahli keluarga lainnya dan sahabat handai.

Klik untuk gambar besar



"Saling bersabar antara satu sama lain sebagai suami isteri dan sentiasalah menjaga perkahwinan. Pesanan ini bukan untuk Yana sahaja tapi kesemuanya yang lain.

"Hanya tinggal yang ni sorang (sambil menunjukkan pada Sharifah Amani) dan kalau ada cadangan siapa-siapa, boleh ajukan," nasihat dan seloroh Syed Zainal Rashid pada Yana dan kepada tetamu-tetamu yang turut menyaksikan melalui aplikasi Zoom.

Difahamkan, Yana mengambil keputusan untuk meneruskan acara akad nikah yang telah dirancang sejak lama, biarpun terpaksa melakukanya secara atas talian.







www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Sharifah Aryana & Sharifah Amani

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: