Setelah sekian lama peminat menanti-nantikan iaitu lebih dua bulan, akhirnya pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura berkongsi wajah puteri sulung mereka, Nur Fatima Aisya, sempena meraikan tahun baru 2021.
Wajah Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober lalu di sebuah pusat perubatan swasta di ibu kota itu dikongsikan menerusi akaun Instagram kedua-dua selebriti ini.
Dalam foto itu, Fatima yang didukung Fazura kelihatan comel menggayakan persalinan gaun berenda putih serta bertopi: "Selamat Tahun Baharu 2021. Salam sayang, Fattah, Fazura dan Fatima," kata pasangan tersebut.
Klik untuk gambar besar
Perkongsian yang ditunggu-tunggu itu ternyata menggembirakan peminat termasuk rakan artis yang memuji wajah comel Fatima.
"MasyaAllah... comel sangat! Semoga Fatima membesar dengan sihat, cerdas, kuat dan sempurna. Moga jadi anak solehah. - "Nak... wajahmu mix daddy and mommy. Terus bahagia kalian bertiga sampai ke syurga," tulis beberapa netizen.
Untuk makluman, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 selepas menjalinkan hubungan cinta ketika sama-sama menjayakan drama bersiri 'Hero Seorang Cinderella'.
www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram @fattzuralovelife, Nur Fazura & Fattah Amin
________________________

No comments:
Post a Comment