09 January 2021

SHUKRI YAHAYA SAHKAN BEBERAPA AHLI KELUARGA RAPAT POSITIF COVID-19



"Dukacita saya nak maklumkan kakak saya dua orang, adik perempuan saya, ipar lelaki saya dan seorang anak buah saya disahkan positif Covid-19. Saya sudah membuat kuarantin diri sejak Sabtu lepas dan membuat ujian swab pada kelmarin (Khamis) dan keputusannya negatif. Mungkin Allah bagi negatif untuk saya menjaga keluarga saya yang lain.

"Saya tiada kontrak langsung dengan adik-beradik saya, jangan risau saya akan melalui kuarantin kendiri selama 14 hari dan akan maklumkan kepada semua dari semasa ke semasa.

"Jangan risau saya akan pulang kerumah untuk menyambung kuarantin diri dan tidak berjumpa sesiapa pun. Doa-doakan kami," jelas pelakon Shukri Yahaya melalui kemaskini Instagram Stories pada Sabtu.

Klik untuk gambar besar



Pelakon '7 Hari Mencintaiku' itu memberitahu beberapa orang ahli keluarganya disahkan positif Covid-19. Dalam masa sama, Shukri turut mengesahkan dirinya negatif wabak tersebut.

Melihat pada muat naik itu, Shukri berada dalam kenderaan yang dipandunya bersendirian selepas mengambil keputusan ujian swab Covid-19. Bapa kepada sepasang cahaya mata itu dalam masa sama berpesan kepada orang ramai agar sentiasa meningkatkan kawalan kendiri dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

"Jaga diri ya semua, mula-mula ramai yang ambil sambil lewa tentang virus ini. Apabila sudah kena pada keluarga sendiri susah woo. Kau akan menangis punya! Tambah-tambah bila tengok satu persatu adik-beradik kau, jadi kau sendiri kena kuat. Kuat yang saya maksudkan daripada segi mental dan hati," ujarnya.




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Shukri Yahaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: