21 January 2021

TAK NAFI RINDU BERLAKON - ROSLAN SALEH DAH TAK LARAT, KINI BERNIAGA SAHAJA



"Berniaga kenalah buat. Kalau tak berniaga macam mana pula, tapi sikit-sikit sahaja lah. Dapat juga menampung pendapatan untuk keluarga. Berlakon memang saya tak boleh buat dah. Badan memang kurang sihat dan tak kuat. Sekarang pun, duduk rumah sahaja ditambah masih lagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Mata saya pun sudah tak berapa nak terang. Kalau keluar berjalan, nanti tak puas nak tengok sebab penglihatan saya memang terhad. Saya juga tidak memandu lagi," demikianlah kata pelakon veteran Roslan Salleh, 64, yang kini hanya berehat di rumah serta berniaga secara kecil-kecilan, memandangkan eadaan kesihatan yang tidak menentu.

Bagi menampung pendapatan, roslan memberitahu dia perlu meneruskan perniagaan sambal lado, daging dendeng dan sambal hitam Pak Lan yang diusahakan selama ini.

Menurut Roslan yang pernah membintangi drama 'Bercakap Dengan Jin' pada 2014, sekarang jika hendak ke mana-mana, dia perlu membawa anaknya sebagai pemandu.

Berhubung kerinduan terhadap lakonan, Roslan tidak menafikannya. Namun jelasnya, cukuplah rasa itu hanya disimpan dalam hati dan dia tidak terlalu memikirkannya. Pada November tahun lalu, Roslan menerusi Instagram berkongsi kisahnya yang mendapatkan rawatan di hospital.

"Tahun lalu, dua kali saya dimasukkan ke hospital. Kalau rasa tak sedap badan, terus pergi buat pemeriksaan kesihatan di hospital. Apabila kena ambil darah tu, teruslah masuk wad sekejap. Tapi, buat masa sekarang Alhamdulillah kesihatan saya baik-baik sahaja selagi jaga pemakanan dan banyakkan berehat," tuturnya yang kali terakhir berlakon kira-kira empat tahun lalu.

Katanya, dia bersyukur hingga kini masih ada rakan-rakan artis yang mengingatinya dan bertanya khabar walaupun dia sekeluarga kini menetap di Melaka.

Roslan yang menghidap kencing manis, tekanan darah rendah dan beberapa penyakit lagi sejak 10 tahun lalu kini perlu bergerak menggunakan tongkat.


www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: