19 January 2021

TAKZIAH - IBU KAK GIRL KEMBALI KE RAHMATULLAH



Menerusi beberapa posting terbaru di laman Instagram, personaliti media sosial dan pelakon Kak Girl atau nama sebenarnya, Nur Amira Maslan memaklumkan berita sedih dimana ibu kesayangannya, Rohaya Bostam telah menghembuskan nafas terakhirnya.

"Al-Fatihah buat ibundaku ROHAYA HJ BOSTAM. Mama, Along sayang mama. Along sedih mama dah takde ngan along and adik-adik. Along nak mama. KENAPA MA?," tulisnya.

Dalam pada itu, menerusi posting keduanya, pengikut Kak Girl menyatakan rasa sebak sebaik membaca coretan tersebut.

"Alhamdulillah ma. Allah permudahkan semua urusan dari mandikan mama buat kali terakhir, kafankan mama dan kebumikan mama. Mama meninggal dalam keadaan yang sangat tenang. Umpama mama tengah tidur.

Klik untuk gambar besar



"Along syukur dapat jaga mama, dapat tengok mama sepanjang Along balik JB duduk dengan mama. Mama tak kasi along duduk KL balik sebab mama kata duduk je dengan mama. Mama takde kawan. Yelah adik-adik semua ada kerjaya tetap lain yang memerlukan diorang duduk sendiri. Takpelah Along faham. Sape lagi kan nak ade ngan mama kalau-kalau ayah busy ade kerja.

"Along syukur dapat happykan mama. Along tengok sebelum mama pergi, mama puas dapat jumpa adik beradik mama, kawan-kawan mama. Mama belanja semua orang makan sempena birthday Along 9/1 hari tu. Walaupun kawan mama lagi ramai yang datang, kawan along takde, sampi along tanya,"mama, ni birthday sape sebenarnya?"



"Terima kasih ma kerana menjadi ibu yang sangat penyayang, ibu yang sering mendengar cerita anak-anak. Ibu yang sentiasa menerima setiap kekurangan anak-anak nya. Ibu yang pemaaf dan ceria. Ibu yang banyak mengajar along adik beradik erti kasih sayang dan kehidupn. Love you ma.

"Kawan-kawan kitaorang semua kawan-kawan mama. Sebab mama memang jenis ramah. Sebab tu bila mama dah takde semua kawan-kawan along and adik-adik pun sedih. Ada yang nangis, ade yang mendoakan. Tak kurang yang bagi kata-kata semangat untuk kitaorang teruskan hidup tanpa mama. Terima kasih para sahabat semua.

"Nanti aku karang cerita tentang mama lagi. Doakan mama ya. ROHAYA BT HJ BOSTAM (29/12/65 - 17/1/2021)," tulisnya lagi yang turut menerima ucapan takziah daripada rakan artis.



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Kak Girl

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: