27 February 2021

AFIFAH NASIR SAMBUT BIRTHDAY BERSAMA KEKASIH HANDSOME - NETIZEN PERTIKAI MINUMAN 'CHAMPAGNE'?



"Keluarga saya berjaya membuat kejutan hari jadi buat saya. Tak sangka teman lelaki saya akan berada di sana sekali.

"Apa yang saya fikirkan, hanyalah perjumpaan kecil-kecilan bersama keluarga disebabkan saya bekerja pada keesokan hari dan tak jangka sesuatu yang besar.

Saya nampak tak bersedia! Terima kasih buat kekasih dan keluarga untuk semua hadiah dan bunga," tulis pelakon Afifah Nasir yang dilihat teruja apabila keluarga membuat kejutan istimewa untuknya sempena ulang tahun kelahiran ke-28 baru-baru ini.

Dalam diam, dia tidak menyangka keluarganya menjemput teman lelakinya untuk turut sama ke majlis tersebut. Sangka Afifah, hanya makan malam secara kecil-kecilan sahaja bersama keluarganya.

Klik untuk gambar besar



Namun, ada juga pihak yang mempertikaikan sambutan tersebut kerana terselit bayangan 'champagne' dan juga gelasnya di atas meja. Ini kerana, ada yang mendakwa champagne dibuat melalui penapaian sekunder yang mengandungi kandungan alkohol 9-20% dan tidak sesuai untuk sebarang sambutan.

Bagaimanapun, tak baik menuduh... tetapi marilah kita bersangka baik. Mungkin itu bukan champagne sebenar seperti yang disangka, tetapi hanya sekadar air buah-buahan semata. Tak gitu?




         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: