12 February 2021

ALHAMDULILLAH - NORYATI TAIB @ MAK CIK PETIR BEBAS COVID-19



Pada 2 Februari lalu, pelakon veteran, Noryati Taib atau lebih sinonim dengan sapaan Mak Cik Petir disahkan positif Covid-19 dan dibawa ke hospital untuk menjalani sesi rawatan dan kuarantin.

Terkini, pelakon berkenaan dilaporkan sudah bebas Covid-19 selepas hampir dua minggu dirawat di hospital. Perkara tersebut dikongsikan oleh anak saudaranya yang juga merupakan pengarah terkenal, Shahrulezad Mohameddin.

"Menerusi akaun Instagram @budakijat, Shahrulezad memaklumkan ibu saudaranya itu dilaporkan telah pulih dan dibenarkan pulang ke rumah.

Klik untuk gambar besar



"Syukur Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah. Yabeda bedu. Mak Uda (Mak Cik Petir) saya dah sihat. Pak Uda saya tengah ke hospital ambil dia. Doktor beritahu Mak Uda saya bebas dari Covid-10.

"She is negative now (dia negatif sekarang). Terima kasih di atas semua doa kalian peminat Mak Cik Petir keaayangan ramai," tulisnya memaklumkan khabar gembira.


www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Shahrulezad Mohameddin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: