12 February 2021

FEEYA TIMANG ANAK LELAKI LAGI: "NOMBOR TIGA NI LAIN SAMPAI KENA VAKUM"



"Alhamdulillah semuanya dipermudahkan dan saya dapat lagi seorang anak lelaki, jadi terjawablah baby apa... boiboiboi kuasa tiga! Nombor tiga ni lain macam sikit ya keluar sampai kena vakum sebabnya muka dia di atas tapi syukur mummy dan baby baik-baik sahaja.

"Terima kasih pada yang mendoakan dan mohon panjangkan doa untuk kesejahteraan dan kesihatan mummy dan baby ya," itulah kata-kata penyampai Suria FM, Feeya Iskandar apabila dia telah selamat melahirkan anak ketiga di sebuah pusat perubatan di Selangor pada pukul 7 petang, Khamis.

Feeya atau lebih dikenali sebagai Cik Piah melahirkan bayi lelaki seberat 3.38 kilogram secara normal ditemani suaminya, Nurashid Abd Wahab.

Klik untuk gambar besar



Seperti kebiasaan, Feeya dan suami memilih untuk merahsiakan dahulu wajah serta nama anaknya da akan berkongsi dalam masa terdekat: "InsyaAllah nama dan wajah baby kali ni saya akan kongsikan nanti," ujarnya.

Untuk makluman, Feeya mendirikan rumah tangga Rashid pada 6 Mei 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Adam Malique, 3 dan Nuh Aryyan yang kini berusia dua tahun.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Feeya Iskandar

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: