20 February 2021

AMBOI SWEETNYA HARRIS ALIF MENYANYI UNTUK ISTERI TERCINTA



Penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Aliff menerusi laman Instagram baru-baru ini ada memuat naik video dimana dia menyanyi di dalam kereta untuk isteri tercintanya, pelakon Intan Ladyana.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian netizen dimana rata-ratanya turut gembira dan suka melihat cara Harris menyayangi isterinya meskipun usia mereka jauh berbeza iaitu jarak 17 tahun.

Lagu yang dinyanyikan dengan penuh perasaan itu berjudul 'Melamarmu' yang penuh dengan bait-bait cinta. Dalam masa yang sama, ramai yang kagum dan memuji suara Idola Kecil musim ketiga itu.

Klik untuk gambar besar



"Cair weii... sweet lah couple ni".

"So much love. Semoga bahagia selalu amin".

"Ini kalau gaduh je nyanyi je mesti lembut hati... nice voice Harris".

"Suara super power," antara-antara komen pengikutnya.

Untuk info, Harris baru sahaja keluarkan single terbaru berjudul 'Anugerah' yang ditujukan khas buat isterinya pada Disember 2020.











KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Harris Alif & Intan Ladyana

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: