25 February 2021

ANAK MAWAR RASHID DIKRITIK TAK COMEL, HITAM - NETIZEN TAMPIL BACKUP



Menerusi laman Instagram, pelakon Mawar Rashid baru-baru ini telah berkongsikan beberapa keping gambar anak keduanya, Raden Seri Rosabella Cinta yang kini sudah mencecah usia dua bulan.

Melihat pada foto tersebut, Rosabella memakai baju berwarna merah jambu bersama reben di kepala. Peminat teruja melihat perkongsian Mawar itu serta memuji kecomelan anak perempuannya. Malah, ada yang mengatakan Rosabella mirip bapanya, pelakon Raf Yaakob.

Namun, ada seorang netizen meninggalkan komen biadap apabila mengkritik wajah kedua-dua anak Mawar dan Raf dengan mengatakan tidak comel sedangkan ibu bapa mereka cantik dan kacak.

Klik untuk gambar besar



Seperti sudah dijangka, komen oleh netizen itu dikecam teruk apabila rata-rata peminat tampil mempertahankan anak pasangan itu. Netizen juga kecewa apabila ada individu yang sanggup mengkritik ciptaan Tuhan lebih-lebih lagi kanak-kanak itu masih kecil.

Untuk makluman, Mawar mendirikan rumah tangga dengan Raf atau nama sebenarnya Raden Ahmad Faizal Yaakob pada 9 November 2017. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Raden Muhammad Rafael dan Raden Seri Rosabella Cinta serta memiliki dua lagi anak tiri.








www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Mawar Rashid

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: