25 February 2021

"DIRAMPAS & JADIKAN VIRAL..." - NABIL MAHIR KECEWA LAPORAN KEHAMILAN AYDA JEBAT



"Dalam kehidupan ini, apabila kita mendapat berita yang baik, sudah pasti kita sendiri yang ingin kongsikannya. Hari ni kami pening, marah dan sedih sampai mengalir air mata kerana ramai yang terasa, tersentap dan yang ingin tahu. Stress yang tak diperlukan. Mungkin kalau betul, bukan saja saya dan Ayda malah artis atau orang lain ada alasan tersendiri kan?

"Jika betul pun khabar itu, tiada seorang ibu atau bapa dalam dunia ini yang inginkan berita gembira mengenai zuriat pertama mereka dirampas dan dijadikan sebagai viral di portal gossip," demikian kata pengacara Nabil Mahir yang meluahkan rasa kurang senang dengan laporan mengenai isterinya, penyanyi dan pelakon Ayda Jebat dikatakan hamil selepas dua bulan mendirikan rumah tangga bersama.

Ujar menerusi satu entri di laman Instagram, dia dan Ayda tidak mengesahkan berita itu namun telah diterbitkan. Nabil juga meminta tiada sebarang spekulasi mengenai perkara tersebut. Katanya lagi, jika ada sebarang berita gembira pasti akan dikongsikan kepada peminat.

Klik untuk gambar besar



Bagaimanapun Nabil mengucapkan terima kasih di atas kesemua doa dan ucapan yang diberikan serta turut berharap kesemua pihak faham dengan situasi pada waktu kini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan pasangan itu dikhabarkan bakal menimang cahaya mata. Laporan itu turut mendakwa Ayda juga dikatakan menemui pakar perbidanan dan sakit puan untuk melakukan pemeriksaan.







www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Instagram Nabil Mahir & Ayda Jebat

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: