15 February 2021

BILA INTAN NAJUWA MAHU LELAKI BERJAMBANG SEPERTI ZUL ARIFFIN



Pelakon Intan Najuwa menerusi Insta Stories dilihat telah membuka segmen 'Ask Me Question' bersama peminat dan juga pengikut media sosialnya, sempena hari kekasih yang disambut semalam.

Sehubungan dengan itu, ada peminat bertanyakan adakah Intan sukakan lelaki berjambang. Jawapan Intan adalah ya dan dia turut meletakkan gambar hiasan Zul Ariffin sebagai rujukan.

Intan pernah bergandingan bersama Zul dalam sebuah drama berjudul 'Setelah Ku Dimiliki' suatu ketika dahulu. Sehingga kini nama mereka berdua masih menjadi sebutan peminat. Manakan tidaknya, gandingan hebat kedua pelakon ini dalam drama tersebut masih melekat di minda peminat.

Klik untuk gambar besar



Meskipun menganggapnya sebagai gurauan, nampaknya sehingga kini penangan melakonkan naskah drama tersebut masih terasa ya? Kalau jodoh tak kemana...

Terdahulu, Intan dan Zul juga pernah menarik perhatian netizen kerana tampil 'terlebih' mesra dalam beberapa keping foto yang dipercayai ketika menjalani sebuah penggambaran drama tersebut.


www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulanara & Instagram Intan Najuwa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: