15 February 2021

BARU TIMANG ANAK KEDUA - AWAL KINI BERDEPAN SAMAN LEBIH RM300,000



"Anak guam berpendapat bahawa Awal tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakhiri kontrak pihak-pihak dan percaya bahawa anak guam berhak menuntut jumlah penuh kontrak akibat pelanggaran tersebut," demikianlah peguam utama Naz Carpentry iaitu Nurul Hafidzah Hassanyang menyatakan saman sivil tersebut adalah yang kedua difailkan terhadap pelakon dan pengacara Awal Ashaari.

Kegembiraan Awal yang meraikan kehadiran cahaya mata kedua selepas isterinya, pelakon dan pengacara Scha Alyahya selamat bersalin pada Jumaat lalu itu nampaknya terganggu apabila dia kini berdepan saman bernilai lebih RM300,000 kerana didakwa melanggar kontrak.

Awal selaku defenden didakwa melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.

Saman berkenaan difailkan Naz Carpentry yang merupakan sebuah syarikat perabot dan hiasan dalaman, minggu lalu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur melalui firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, Advocates And Solicitors.

Klik untuk gambar besar



Naz Carpentry dalam saman mereka menuntut deklarasi bahawa Awal tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.

Syarikat tersebut juga menuntut lebih daripada RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.

Selain itu, Naz Carpentry menuntut ganti rugi teladan, kos tindakan dan lain-lain relif atau perintah yang dianggap manfaat oleh mahkamah.



Sementara itu, Pengurus Krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations And Communications berkata, krisis yang dihadapi oleh pengasas dan syarikat hiasan dalaman tersebut memberi ancaman serius terhadap kredibiliti dan perniagaan mereka.

"Ancaman reputasi yang dihadapi Naz Carpentry menimbulkan spekulasi yang merosakkan imej, reputasi, jenama peribadi, dan jenama perniagaan syarikat. Terutamanya apabila fakta tidak tepat telah tersebar di seluruh negara hanya dalam beberapa minit melalui penggunaan teknologi oleh masyarakat kini," jelas Saiful Ridzuan.

Pada 13 November tahun lalu, Naz Carpentry mengemukakan saman terhadap Awal Ashaari dan menuntut RM3 juta kerana didakwa menjatuhkan imej, jenama dan reputasi syarikat dan pemilik syarikat tersebut melalui media sosial.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Awal Ashaari

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: