15 February 2021

TAHNIAH - ISTERI NAZRIEF NAZRI HAMIL ANAK PERTAMA



Menerusi perkongsian di laman Instagram, pelakon Nazrief Nazri telah memaklumkan isterinya, Aizatul Aqma kini disahkan sedang hamil anak pertama mereka. Nazrief telah meluahkan rasa gembira kerana dirinya bakal bergelar bapa tidak lama lagi.

Terharu dan syukur, bintang berusia 28 tahun ini turut bertanya peminat mengenai jantina bayi sulung mereka. Dia turut memuat naik video inbasan bayi dalam kandungan menerusi Insta Story.

"I'm gonna be a FATHER SOON! Alhamdulillah.. lepas je story kitorang keluar dekat @mstaronlineofficial hari tu pasal anak, tak lama lepas tu my wife bagitahu dia pregnant.

Klik untuk gambar besar



"Rezeki Alhamdulillah, tapi masa tu dia check sendiri je dekat rumah. Lepas tu bawak pegi klinik untuk confirmkan and YEAY!!!.. hehehe. Berdasarkan gambar ni, agak-agak kandungan @angellajoliey ni baby boy or baby girl?... Cuba komen kat bwh nak tengok korang hebat ke tak?

Meninjau pada ruangan komen pula, rata-rata peminat dan wargamaya turut tumpang gembira seterusya menitipkan ucapan tahniah buat pasangan ini.

Untuk makluman, Nazrief atau nama sebenarnya Mohamad Nazrief Mohamad Nazri telah mendirikan rumah tangga bersama Aqma pada 15 November 2019.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Nazrief Nazri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: