06 February 2021

BILA NORA DANISH POTONG KUKU SUAMI: "TERBAU APA-APA, ITULAH SYURGAMU SAYANG"



Setiap perkahwinan yang dibina, pastinya setiap pasangan ingin ia kekal sehingga ke akhir hayat. Begitu jugalah dengan pasangan Nora Danish dan Nedim Nazri yang sudah kini mencecah empat tahun usia perkahwinan mereka.

Menerusi satu muat naik di laman Instagram, Nedim baru-baru ini berkongsi foto isterinya sedang tekun memotong kuku kakinya. Namun, apa yang menjadi perhatian ada adalah kapsyen Nedim dan komen balas Nora.

"Ingatlah wahai isteri ku, dunia ku. Kalau ada terbau apa-apa, itulah syurgamu sayang ❤️😁," tulsi Nedim pada kapsyen foto terbabit.

"Tiada terbau lain, melainkan bau syurga my Jannah. Ada apa lagi nak ketip? 🤣," balas Nora pula.

Klik untuk gambar besar



Perkongsian Nedim itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji pasangan itu tetap romantis. Malah, ramai wanita turut berkongsi pengalaman sama memotong kuku suami.

Untuk makluman, Nora dan Nedim mendirikan rumah tangga pada 2017 dan dikurniakan seorang lagi cahaya mata lelaki bernama Mohamed Neqayl Nedim kini berusia tiga tahun.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Nedim Nazri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: