05 February 2021

KES LAMA BELUM SETTLE - TERBARU SWEET QISMINA PERSOAL PM PULA



Jika sebelum ini pelakon Sweet Qismina, menyinggung perasaan golongan pendidik dan kemudian membuat kenyataan memohon maaf kepada semua guru di Malaysia berikutan tindakannya, terkini dia secara terbuka mempersoalkan tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengadakan lawatan kerja ke Indonesia.

"Abang saya lama tidak jumpa isteri dia di Indonesia sejak tahun lepas.

"Dia baru kahwin. Tetapi Perdana Menteri kita boleh pergi sana macam itu saja. Patut minta beliau bawa abang saya bersama. Mana adil begini," tulisnya di Twitter.

Klik untuk gambar besar



Sweet atau nama sebenarya Farhana Qismina Supandi, 24, menyatakan tindakan Perdana Menteri yang terbang ke Indonesia sebagai satu yang tidak wajar ketika rakyat dilarang melakukan pergerakan rentas daerah semasa pelaksanaan Perintah Pergerakan (PKP).

Bagaimanapun, ada netizen diruangan komen yang menasihatkannya agar dia memahami bahawa urusan kerajaan berbeza dengan urusan peribadi. Mereka berharap agar pelakon itu fahamkan dahulu sebelum memuat naik sesuatu isu di statusnya.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: