05 February 2021

INFLUENCER VIETNAM BERANG DITUDUH MENIPU, TAMPIL TUNJUK BUKTI MESEJ



Sebelum ini, penyanyi Akim Ahmad tampil memberi penjelasan memandangkan namanya dan isteri, penyanyi Stacy telah dipetik oleh netizen berikutan dakwaan seorang influencer terkenal kacukan Jerman-Vietnam, Jade Anh.

Jade Anh menerusi laman Twitter membuka kisah mengenai penerbangannya ke Malaysia untuk penggambaran muzik video. Namun, kemunculannya di dalam video tersebut terpaksa disunting di atas dakwaan isteri penyanyi utama berasa cemburu.

Terkini, Jade Anh dilihat tidak hanya mendiamkan diri apabila menerusi ciapan terbaru di Twitter dimana dia memuat naik keratan mesej yang dikatakan daripada person in charge kepada muzik video tersebut. Katanya lagi, punca cemburu tidak ditulis di dalam mesej memandangkan mereka bercakap menerusi telefon.

Menurutnya, tweet yang ditulis sebelum ini bertujuan untuk menceritakan pengalamannya yang lalu. Namun, seseorang telah menjadikannya besar dan cuba menuduh dia sebagai penipu. Dia langsung tiada niat untuk memperbesarkan hal yang lepas, oleh itu dia meminta maaf.

Klik untuk gambar besar






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara & Twitter / Instagram Jade Anh

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: