05 February 2021

INFLUENCER VIETNAM DAKWA BABAKNYA DI MV DIPOTONG SEBAB ISTERI CEMBURU - INI BALAS AKIM



Seorang influencer Vietnam bernama Jade Anh baru-baru ini telah membuka cerita mengatakan bahawa babak dia dipotong daripada muzik video sebuah band tempatan kononnya dengan alasan isteri vokalis berasa cemburu.

Jade yang merupakan kacukan Jerman-Vietnam itu bercerita mengenai kisah dia yang terbang ke Malaysia bagi menyertai penggambaran muzik video untuk sebuah kumpulan tempatan namun hanya diberitahu pembatalan kemunculannya menerusi mesej.

Lebih mengejutkan apabila alasan dia disunting adalah kerana isteri kepada penyanyi utama band tersebut berasa cemburu dengan plot muzik video yang bakal dilakonkan Jade bersama suaminya.

Wanita itu menjelaskan dia hanya mengetahui babak lakonannya langsung tidak disertakan dalam suntingan akhir muzik video tersebut selepas dia pulang ke Bangkok.  

Klik untuk gambar besar



Jelas Jade lagi, dia berasa kecewa kerana terbayangkan penat lelah kru penggambaran yang membina dan merakam plot muzik video itu. Namun ia akhirnya langsung tidak ditayangkan kepada umum.

Bukan itu sahaja, Jade turut berkongsi kisahnya melancong ke Kuala Lumpur di mana ianya berakhir dengan pengalaman yang kurang memuaskan. 

Meskipun rata-rata netizen cuba meneka siapakah gerangan penyanyi tersebut namun Jade tidak berkongsi lebih mengenai identitinya.



Namun identiti vokalis tersebut akhirnya terjawab apabila penyanyi Akim Ahmad tampil membuat penjelasan mengenai isu tersebut yang mula tular di media sosial memandangkan namanya dan isterinya, Stacy dipetik oleh netizen.

Jelas penyanyi lelaki itu, lagu 'Rampas' didekasikan khas untuk arwah ibunya. Maka dia tidak mahu muzik video yang memaparkan babak sensitif mahupun keterlaluan. Disebabkan itu, dia membuat keputusan untuk menukar semua konsepnya supaya boleh ditonton semua. 

Tambahnya lagi, dia tidak mahu mengecewakan ahli keluarganya sekiranya dia bertegas untuk mengeluarkan muzik video yang agak tidak sensitif kandungan dan plotnya.



Malah kebanyakan netizen juga mempersoalkan sebab influencer itu perlu mengungkit semula kisah lama walhal dia juga telah pun menerima bayaran untuk kemunculannya tersebut. Akim juga dilihat membalas ciapan asal influencer Vietnam itu. 

Dalam  pada itu, Akim turut berang kerana kontroversi ini berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya: "Hari ini anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa s***?" katanya.

Dengan penjelasan Akim ini, maka jelaslah bahawa muzik video 'Rampas' diubah inti patinya kerana kehendak dia sendiri dan bukannya kerana faktor lain.







www.myartis.com / Sumber: Beautifulnara, Astro Gempak & Twitter Akim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: