16 February 2021

BILA WANITA MAHU JADI MADU AYDA, TERTARIK DENGAN SIKAP NABIL



"Nak jadi madu Ayda boleh tak? Sebab nak cari lelaki macam ni la tapi, tak jumpa-jumpa lagi," demikian tulis seorang wanita yang meluahkan hasrat untuk menjadi madu penyanyi dan pelakon Ayda Jebat.

Ayda mendedahkan mesej berkenaan menerusi Insta Stories miliknya baru-baru ini. Dalam mesej tersebut, wanita itu turut memberitahu dia tertarik dengan sikap suami Ayda iaitu pengacara Nabil Mahir yang memenuhi ciri-ciri lelaki idamannya.

Penyanyi lagu 'parah-parah' ini bagaimanapun tetap tenang menerima mesej tersebut, apabila mendoakan agar wanita itu dipertemukan jodoh yang lebih baik serta turut meminta agar melakukan solat Istikharah untuk mencari jodoh.

Klik untuk gambar besar



"Salam, hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu tak bolehlah. Saya cubit awak karang. Nakal eh. Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. InsyaAllah. Istikharah! Good luck sis," balasnya.

Pasangan ini yang sudah dua bulan bergelar suami isteri itu dilihat tidak lokek berkongsikan momen bahagia mereka di media sosial untuk tatapan umum.




www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya, Media Hiburan, Instagram Ayda Jebat & Nabil Mahir

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: