11 February 2021

COVID 19 - GILIRAN SYAFIQ FARHAIN PULA DISAHKAN POSITIF



"Saya membuat ujian calitan semalam, selepas rasa tak sedap badan. Kini, keputusannya positif. Jika sesiapa merasakan mereka kontak rapat saya, lebih baik pergi buat pemeriksaan.

"Maafkan saya kerana menyusahkan," kata penyanyi Syafiq Farhain, 27, yang berkongsi berita sedih dimana dia telah disahkan positif Covid-19 menerusi keputusan ujian calitan yang dilakukan, semalam.

Syafiq atau nama sebenarnya Nursyafiq Farhain A M Salim berkata, dia membuat ujian calitan itu apabila mula berasa tidak sedap badan.

Klik untuk gambar besar



Syafiq menerusi Instagram Story miliknya telah membuat perkongsian video dia membuat ujian calitan. Selain itu, dia juga berkongsi keputusan ujian itu yang memaklumkannya positif Covid-19. 

Anak kepada penyanyi Allahyarham Saleem Iklim itu bagaimanapun tidak menyatakan bagaimana dan di mana dia dijangkiti.

"Sepatutnya sekarang saya sedang mempromosi lagu 'Kau Bidadari', namun semuanya terpaksa ditunda ke tarikh lain memandangkan negara kita belum Bebas daripada Covid-19. Kalau ikutkan, dah dua kali tunda sebab Covid-19. Apa boleh buat, kerjaya itu penting, tapi kesihatan perlu diutamakan.



"Sebelum ini shooting muzik video ditunda kerana team production kena kuarantin selama 14 hari kerana ada antara kami yang mempunyai kontak rapat dengan positif Covid-19. Kemudian, kali kedua ditunda kerana PKP 2.0 dilaksanakan. Semua shooting terpaksa dibatalkan," ujarnya dipetik sebagai berkata.

Untuk rekod, terdahulu beberapa selebriti turut memaklumkan mereka dijangkiti Covid-19 antaranya Shima Anuar, Emma Maembong, vokalis kumpulan Drama Band iaitu Aepul Roza dan Aeril Zafrel.

Selain aktif dalam kerjaya seni, Syafiq bekerja tetap sebagai anggota bomba dan bertugas di ibu pejabat di Putrajaya. Syafiq popular dengan lagu 'Sayang Maafkan Aku' pada 2017 dan muncul naib juara program Big Stage musim pertama pada 2018. Pada awal tahun lalu, Syafiq melancarkan lagu baharu berjudul 'Sakit Hati'.



www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Syafiq Farhain

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: