11 February 2021

MUAT NAIK VIDEO SUNTIK FILLER RAHANG - FATHIA LATIFF KENA 'TARBIAH'



Pelakon Fathia Latiff baru-baru ini menerusi laman Instagram miliknya ada memuat naik video dirinya sedang menjalani rawatan aestetik filler di bahagian rahang. Perkongsian Fathia itu telah mencuri tumpuan wargamaya.

Melihat pada video berdurasi 40 saat itu, menunjukkan Fathia menyuntik filler di kedua-dua belah rahangnya sambil mempamerkan hasil rahang sebelum dan selepas. Fathia dalam masa sama turut mempromosikan kaedah membentukkan rahang tersebut untuk tatapan umum.

"Orang yang merasa tidak puas hati dengan garis rahang atau dagu mereka mungkin ingin menambah bentuk di kawasan ini. Filler rahang jenis suntikan atau dermal filler dapat memberikan penyelesaian bukan pembedahan.

"Dagu dan rahang yang kelihatan lembut boleh disebabkan oleh usia atau genetik. Filler rahang dapat menambahkan bentuk, simetri, keseimbangan, kontur ke kawasan ini, terutama dalam profil.

Klik untuk gambar besar



"Filler rahang adalah gel yang disuntik ke dalam kulit. Ia merangsang penghasilan asid hyaluronik atau kolagen. Ini dapat menegangkan kulit yang kendur dan kehilangan tulang di sekitar rahang," tulis Fathai di ruangan kapsyen.

Meninjau ke ruangan komen, perkongsian Fathia itu mengundang reaksi yang bercampur-baur daripada pengikutnya. Ramai wargamaya yang memuji wajah Fathia sememangnya semulajadi cntik dan tidak memerlukan sebarang rawatan kosmetik. Malah, ramai juga yang memberikan nasihat dan peringatan tentang dosa mengubah ciptaan Allah.

"Sebarang penambahbaikkan di rahang atau muka adalah haram. Melihat hijabis melakukan penambahbaikan muka tidak menjadikannya halal. Dosa pahala masing-masing tanggung tapi ini sekadar peringatan," komen seorang wargamaya.



"Patutlah Fathia dah tak cantik. Banyak yang dah ubah kat wajah tu," luah seorang wargamaya.

"Cantik yang dulu lagi, sis Fathia tak perlu nak ubah sebab awak dah semulajadi cantik. Now dah macam orang tua. Rindu yang dulu," kata seorang wargamaya.

"Aku je ke tak nampak perubahannya?" tanya seorang wargamaya.



"Fatiya please stop jangan ubah apa-apa cucuk sana sini lagi. You memang dah natural cantik gila," tulsi seorang wargamaya.

"Mengubah ciptaan Allah adalah haram," komen seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, entri tersebut telah meraih hampir 140,000 tontonan daripada pengikutnya.










KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Fathia Latiff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: