20 February 2021

DIKRITIK CAKAP BAHASA INGGERIS DALAM YOUTUBE - INI JAWAB MIA SARA



"Saya lebih memilih untuk bercakap dalam bahasa Inggeris setiap kali saya buat video di YouTube. Jadi, jangan datang dekat saya dan beritahu 'tak boleh bahasa Inggeris' atau 'bodoh orang Melayu tapi cakap bahasa pelik-pelik'.

"Bahasa Melayu... orang Melayu saja faham. Memang penonton saya seratus peratus Melayu? Eh ada ramai orang yang tak faham bahasa Melayu!" demikian kata pelakon Mia Sara Nasuha menerusi Twitter miliknya selepas dirinya dikritik dan dianggap bangga diri dengan kebolehannya berbahasa Inggeris pada setiap video yang dimuat naik di YouTube.

Dalam status tersebut, Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha Muhammad Ridhuan bagaimanapun mengakui dia lebih selesa bertutur dalam bahasa tersebut dan berharap pendiriannya dihormati.

Klik untuk gambar besar



Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan tersebut dan menganggap penggunaan bahasa Inggeris pelakon drama 'Adamaya' itu juga dapat membantu anak muda memperlajari struktur ayat yang betul.

"Sama! Saya lebih selesa dengan bahasa Inggeris tapi sedih apabila mengetahui ramai orang kecam kalau kita berbahasa Inggeris daripada Melayu dalam kehidupan harian. Semua orang bebas untuk bercakap dalam apa saja bahasa.

"Saya setuju dengan apa yang awak katakan. Bukannya awak tak cakap Melayu pun bila berkomunikasi dengan orang dekat luar. Dengan cara ini kita dapat improve Inggeris kita. Bila lagi kita nak fasihkan bahasa Inggeris kalau kita tak berlatih.



"Saya sangat bersetuju dengan Mia. Mungkin ianya bagus buat anak muda yang mahu memahami isi video selain boleh menambah vocab, dan mempelajari struktur ayat dalam bahasa Inggeris," komen beberapa netizen.

Selain menerima komen sokongan, Mia dalam masa sama turut dicadangkan oleh segelintir netizen yang berharap supaya pelakon itu meletakkan sari kata bahasa Melayu dalam video tersebut agar lebih mudah difahami.

Mia yang tampil mmbalas komen tersebut itu menjelaskan jadual yang terlalu padat membuatkan dia tidak mempunyai banyak masa melakukan suntingan untuk video tersebut.


"Boleh tapi suntingan lama dan saya sibuk... jadi, saya tak boleh habiskan masa dengan melakukan suntingan untuk video saya sendiri. Saya tidak mempunyai penyunting," ujarnya.

Isu penggunaan bahasa Inggeris masih menjadi perbualan hangat netizen sejak pelakon dan pengacara Adibah Noor menegur sebutan selebriti, personaliti media sosial dan tokoh politik.

Terbaharu, tindakan keterlaluan seorang penyampai radio Hitz FM Sarawak, Yusuf Shukri mentertawakan kemampuan berbahasa Inggeris seorang guru yang juga tenaga pengajar di saluran DidikTV dikecam netizen.


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Mia Sara Nasuha

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: