07 February 2021

INTAN LADYANA IDAM MAJLIS PENUH MAGIS & FANTASI, NAMUN AKUR SITUASI PANDEMIK



"Memang setiap wanita mempunyai perkahwinan impian 'dream wedding' masing-masing, namun memandangkan kita sedang dilanda pandemik COVID-19 dan menjalani PKP, saya terima keadaan sebenar dan suaikan diri dengannya. Majlis buat masa sekarang, tak boleh angan-angan dan terima sahaja kenyataan," tutur pelakon Intan Ladyana.

Meskipun tidak dapat mengadakan majlis perkahwinan impiannya buat masa ini, Intan tidak kecewa, namun akur dengan keadaan semasa di mana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sedang dilaksanakan.

Intan, 39, selamat bergelar isteri kepada penyanyi, pelakon dan pengacara Harris Alif, 22, dengan sekali lafaz pada Jumaat lalu (5 Januari 2021) sekitar jam 10 pagi.

Pernikahan pasangan ini berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam sebuah majlis yang mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Harris pula redha dengan ketentuan Allah SWT dan percaya setiap perkara yang berlaku ada hikmahnya.

"Kami redha, ada hikmah di sebalik setiap perkara yang berlaku. Yang saya harapkan semoga perjalanan rumah tangga kami berdua baik-baik sahaja," katanya.

Untuk makluman, Intan dan Harris juga menunda majlis resepsi mereka ke satu tarikh yang lebih sesuai kelak.










www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Intan Ladyana & Harris Alif

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: