07 February 2021

KEMBALI BERBAIK - AKSI FATHIA & ZARINA MAIN TIKTOK BUAT NETIZEN GEMBIRA



Umum sedia maklum mengenai hubungan pelakon Fathia Latiff dan Zarina Anjoulie yang kini kembali jernih, setelah hampir dua tahun dikatakan putus kawan selepas saling berbalas kenyataan di media sosial.

Baru-baru ini menerusi muat naik di laman Instagram, mereka dilihat banyak meluahkan masa bersama-sama. Tambah menarik, terdapat juga video Tik tok yang dilakukan oleh kedua-dua mereka yang dimuat naik oleh Zarina.

"This was fun 🤣🤣🤣🤣 Tee Tee (Fathia) & Anju.... more to come guys 💞💞💞💞 @fatiyalatiff," tulis Zarina taua lebih mesra disapa Anju.

Melihat pada ruangan komen, rata-ratanya gembira apabila melihat dua pelakon itu sudah berdamai. Malah, kebanyakan mereka terhibur dengan video Tik Tok dihasilkan mereka.

Klik untuk gambar besar



"Ah comelnya dua ni menari Tik Tok." - "Ok BFF dah kembali." - "Happy bila tengok dua-dua ni berbaik," kata beberapa netizen.

Terdahulu, pertemuan kedua-dua pelakon itu dikongsikan seorang pendandan rambut selebriti iaitu Ridzokimura menerusi Instagram miliknya.

Dalam video tersebut, Fathia dan Zarina mengakui mereka sudah dua tahun tidak bertegur sapa. Ridzokimura turut mendedahkan Fathia berhasrat untuk mengajak sahabatnya itu untuk terus mendalami ilmu agama bersama-sama dirinya.







KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram Zarina Anjoulie & Fathia Latiff

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: