07 February 2021

TMJ HADIAHKAN RM200,000 UNTUK MISI, TAJA UMRAH - USTAZ EBIT LEW LUAH TERHARU



"Terharu sebak dapat berjumpa DYMM TMJ. @hrhcrownprinceofjohor. Tuanku berkenan menerima mengadap. Terharu Tunku memberi kata semangat dan mendoakan. Tunku hadiahkan RM200 ribu ringgit bagi misi saya. Tunku juga ingin Taja semua team saya pergi umrah. InsyaAllah akan bersama Tuanku dalam Kembara Johor.

"Ya Allah TMJ sangat baik. Raja yang kuat memikirkan keadaan rakyat Johor dan seluruh Malaysia. Tadi panjang berbual berbincang bagaimana nak bantu orang susah dan menjaga agama Islam. Mendidik anak muda. Naikkan institusi pendidikan.

"Saya malu sangat. Serius terharu terkesan akhlak dan sifat TMJ. Bayangkan dilayan macam kawan jer. Sedangkan saya cuma orang biasa. Dari awal lagi masa beri bantuan Tunku selalu beri semangat pada saya. Kami selalu bermesej juga.

"Kata beliau paling berharga, ustaz teruskan kebaikan ini walau orang tak suka. Kita hidup bukan untuk popular tapi berjaya. Bantu rakyat. Sedangkan usaha saya ini amat kecil dibandingkan usaha TMJ.

Klik untuk gambar besar



"Menjunjung kasih Tunku. InsyaAllah Tunku offer untuk membantu segala misi saya di masa akan datang. Ya Allah kurniakanlah rahmat kesihatan buat Tuanku agar terus memimpin kami," tulis pendakwah selebriti, Ustaz Ebit Lew.

Ebit berkongsi rasa terharu menerusi laman Instagram apabila mendapat sokongan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail dalam misinya membantu golongan yang memerlukan. Menurut Ebit, TMJ telah menghadiahkan wang sebanyak RM200,000 untuk misinya dan ingin menaja anggota yang bekerja dengan Ebit menunaikan umrah.

Melihat pada bahagian komen entri berkenaan, rata-rata netizen meninggalkan respon positif dan memuji usaha murni TMJ dan Ebit. Malah, ada juga yang terharu membaca perkongsian tersebut.

 

KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak & Instagram Ustaz Ebit Lew

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: