05 February 2021

MAJLIS NIKAH - SYAMEL PASRAH KENA TANGGUH



"Keadaan sekarang ini tidak mengizinkan kami meneruskan perancangan perkahwinan yang dah dibuat. Kita kena tunggu kes covid ini semakin pulih baru langsungkan.

"Semua telah dirancang dengan rapi tetapi nampaknya kita kena merancang semula agar bersesuaian dengan keadaan sekarang," demikianlah kata penyanyi Syamel.

Tunang kepada penyanyi Ernie Zakri itu terpaksa akur dengan arahan ditetapkan kerajaan apabila tidak membenarkan majlis keraian diadakan ketika tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.



Menurut Syamel, dia terpaksa melihat semula segala perancangan yang dibuat mengenai majlis perkahwinannya dengan Ernie sebelum ini dan hanya menunggu perkembangan lanjut daripada pihak berkuasa.

Sebelum ini, Syamel dan Ernie mengikat tali pertunangan dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup pada 15 Ogos tahun lalu. Pasangan ini merancang untuk mengadakan majlis perkahwinan awal tahun ini.




www.myartis.com / Sumber & foto: mStar & Instagram Saymel & Ernie Zakri

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: