05 February 2021

BILA MEMEY & ABBY SEHATI SEJIWA PILIH WARNA KERETA YANG SAMA, PINK



Semua sedia maklum mengenai hubungan yang terjalin antara pelakon Memey Suhaiza dan Abby Abadi iaitu persahabatan sangat akrab yang sering dijadikan contoh sebagai sebuah keluarga besar yang bahagia.

Meskipun sudah berpisah namun Abby masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas suaminya pelakon Norman Hakim demi anak-anak mereka.

Baru-baru ini, menerusi laman Instagra, Memey dan Abby dilihat berkongsi foto serta video di hadapan kereta mereka yang kini berwajah baru.

Klik untuk gambar besar



Namun apa yang menjadi perhatian adalah pemilihan warna kereta mereka yang sama antara satu sama lain. Abby turut mengatakan, citarasa mereka berdua sememangnya sama sejak dari dulu lagi.

Dalam masa sama, Memey turut berkata kereta mereka berdua juga seperti kembar cuma nombor plat sahaja yang berbeza.

Perkongsian mereka itu mendapat pelbagai reaksi dikalangan netizen yang memuji kecantikan warna kereta berkenaan serta gembira dengan hubungan mereka berdua.









www.myartis.com / Sumber & foto: Rotikaya & Instagram Memey Suhaiza & Abby Abadi

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: