09 February 2021

NAFI TUMBUK MATA HANA AZRAA - PU ABU AKUI KINI DALAM PROSES BERCERAI



"Oh mata Hana itu bukan ditumbuk atau dipukul oleh saya mhupun sesiapa tetapi berlaku kemalangan kecil," kata pendakwah bebas, PU Abu Sufyan yang menafikan dirinya telah menumbuk mata isterinya, Hana Azraa hingga lebam seperti yang didedahkan di Instagram baru-baru ini.

Jelas PU Abu, lebam pada mata Hana bukan kerana dipukul sebaliknya berlaku kemalangan kecil. Dalam pada itu, PU Abu memberitahu dia dan Hana belum lagi bercerai sebaliknya sedang menunggu tarikh perbicaraan pada April ini.

"Buat masa sekarang belum bercerai lagi tetapi dalam proses perbicaraan Mahkamah sepatutnya 19 April. Disebabkan PKP dia tertangguh. Apapun doakan yang terbaik," tambahnya.

Untuk makluman, pada April tahun lal, Hana mendedahkan sudah diceraikan PU Abu selepas mendirikan rumah tangga pada Mei 2019. Pasangan itu kemudian dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Muhammad Uwais Al-Mateen pada Februari 2020.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber & foto: Astro Gempak, Instagram PU Abu Sufyan & Hana Azraa

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: