09 February 2021

KES AIMAN TINO - 'STOP JUDGE MY FAMILY', SAMPUK FARA HEZEL



Meskipun Aiman Tino sudah pulang ke pangkuan keluarganya di Kuala Kubu Baru, Selangor, namun pelbagai nasihat dan kecaman diterima oleh penyanyi itu lantaran keterlanjurannya membelakangi ibunya.

Selepas ditegur oleh bapanya, terkini kakaknya iaitu Fara Hezel pula menyampuk dengan memohon netizen supaya berhenti mengecam keluarganya.

"Netizen relax eh. Tak yah kecam2 sangat la... Chill je. Mind your on business! Banyak eh masa korang nak komen2. Ingat ye guys korang pon ada keluarga, So stop judge myfamily," kongsinya.

Selepas Fara, Aiman pula memberi bayangan lain melalui posting terkininya.

Klik untuk gambar besar



"Gang, aku tak dah tak kuat’," demikian tulis Aiman seolah ada yang masih tak kena.

Meskipun pernah memaklumkan bahawa salah faham yang berlaku itu berpunca daripada dirinya sendiri, namun banyak persoalan yang masih belum jelas mengenai isu tersebut.

Harapan kita, moga semuanya baik-baik sahaja. bak kata pepatah, air dicincang takkan putus. Tak gitu?




www.myartis.com / Sumber: Fara Hezel & Aiman Tino

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: