15 February 2021

PERNAH DIGODA SYAITAN - AMAR ASYRAF KINI INSAF



"Saya membiarkan diri digoda syaitan. Alhamdulillah, saya akhirnya tekadkan hati dan berjaya ke program yang berlangsung di sebuah lokasi baru-baru ini.

"Perasaan saya sukar digambarkan. Pertama, saya sedar banyak perkara yang saya tidak tahu sebagai seorang manusia.


"Maafkan saya atas kelemahan sebelum ini," demikian ujar pelakon Amar Asyraf yang kini mula melakukan perubahan positif dalam hidupnya.

Katanya lagi, dia bersyukur kerana Allah masih sayangkan dirinya sehingga memilihnya untuk mendalami agama.

"Sebenarnya saya yang tidak sedar saya mempunyai banyak kelemahan dan kekurangan. Saya gagal menyempurnakan agama saya dengan baik," ujarnya dipetik sebagai berkata apabila beberapa rakan artis sudah lama mengajaknya menyertai jemaah dakwah, namun awalnya dia kurang berminat.

Klik untuk gambar besar



"Sudah dua tahun mereka ajak tapi hanya baru-baru ini Allah pilih untuk saya menyertainya. Tak dinafikan ada rasa nak ikut tapi saya masih alpa. Dia kini belajar apa yang patut dibuat atau dilarang agama Islam.

"Nak bercerita lebih-lebih pun saya masih belum pandai dan takut mengelirukan," tambahnya yang menerima kecaman dengan hati terbuka berikutan kontroversi membabitkan kisah peribadinya sebelum ini.

"Tak apa kerana itu kelemahan saya. Saya tidak ambil kisah kerana nak kembali ke fitrah yang sepatutnya. Berkenaan bidang seni akan diteruskan tapi tengoklah pada bentuknya. Sudah pasti akan ada perubahan. Saya pegang pada pendapat jumhur ulama supaya jangan terlalu drastik membuat perubahan.



"Allah tidak pernah kata kita akan masuk neraka. Dia bagi peluang untuk kita buat amalan, tapi bukan bermakna kita kena tolak dunia.

"Ini pengalaman yang dilalui dalam tempoh tiga hari. Insya-Allah, tengoklah selepas ini saya bercita-cita untuk menyertainya selama empat bulan," jelasnya selepas dilanda kontroversi membabitkannya apabila perkahwinannya dengan isteri kedua, Vivi Jeffry.

Ia terbongkar menerusi pendedahan seorang wanita, Ellika Azman yang mendakwa hampir berkahwin dengan Amar, tetapi rancangan itu gagal selepas mengetahui pelakon berkenaan mempunyai seorang lagi isteri dan anak hasil perkahwinan kedua.

Amar kemudian menceraikan Vivi dengan talak tiga pada 4 November 2019. Amar berkahwin dengan isteri pertama, Arna Salleh pada 7 Jun 2013 dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad Taufiq dan Ammara Dian.



         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: