14 February 2021

SUDAH ADA IMAM PILIHAN - FIDA TOLAK LAMARAN LELAKI LAIN & WANG BESAR



Pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik foto screenshot mesej peribadi (DM) yang diterimanya di media sosial dimana dia dilamar seorang lelaki dan ditawar wang tunai yang banyak jika bernikah dengannya.

Rafidah atau lebih dikenali Fida, 35, menerima mesej itu sejak mendedahkan perancangan perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dalam muat naik tersebut, Fida telah menolak dengan cara baik serta memohon maaf kepada lelaki itu dengan mengakui dia sudah bertemu pilihan hati sendiri dan tidak memerlukan tawaran berkenaan.

"Maaf, saya dah ada imam pilihan saya sendiri. Alhamdulillah dan terima kasih di atas niat suci awak itu. Saya dah ada pilihan hati saya, Insya-Allah.

"Sebelum salah faham, biar saya jelaskan sudah beberapa kali jadi macam ini, sampai ada yang nak cari famili. Bila dah 'accept' di DM, rupanya jadi panjang lebar," katanya.

Klik untuk gambar besar



Menurut Fida, dengan perkongsuan dibuat itu, dia kini berharap takkan ada lagi mesej sebegitu yang akan diterimanya di media sosial.

"Tak lama lagi sahaja majlis saya akan berlangsung. Insya Allah, doakan yang terbaik," tuturnya.

Mengikut perancangan, Fida dan bakal pasangannya yang juga seorang ahli perniagaan dijangka akan mengadakan majlis pernikahan mereka sebelum Ramadan tahun ini.

Ketika aktif berlakon dulu, Fida pernah membintangi drama antaranya Cinta Tikar Sejadah, Epilog Syurga Cinta, Kasih Alia, Runtun Qalbu dan Setulus Janji, termasuk filem seperti Kongsi, Man Sewel Datang KL dan Adik Manja Returns.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro & Instagram Rafidah Ibrahim

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: