14 February 2021

TUGAS SEBAGAI PENYAMPAI HOT FM - SHUK MASIH DIGANTUNG



"Perkhidmatan Shuk sebagai penyampai Hot FM masih lagi digantung buat sementara susulan isu peribadinya yang tular di media sosial baru-baru ini. Pihak pengurusan mengesahkan bahawa isu berkenaan masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

"Pengumuman akan dibuat kelak," demikianlah jelas pihak pengurusan Ripple yang masih lagi menggantung sementara perkhidmatan pelawak, pengacara dan penyampai radio, Shuk Sahar, 35, yang berkuat kuasa serta-merta sejak 25 Januari lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan, pihak pengurusan stesen itu mengesahkan bahawa isu peribadi berkaitan Shuk yang bertugas di Hot FM masih dikaji dan dalam perbincangan buat masa ini.

Klik untuk gambar besar



Terdahulu, perkhidmatan Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar digantung serta merta bagi memberi ruang kepada pihak pengurusan Hot FM untuk melakukan siasatan dalaman berkaitan isu peribadi membabitkannya.

Sekitar Januari lalu, tular di media sosial mengenai pergolakan semula rumah tangga Shuk apabila isterinya, Rossalennah Natassiah Asshaferah atau Sera membuat pendedahan berani dengan mendakwa suaminya berlaku curang lagi bersama wanita lain yang pernah dikaitkan dengannya sebelum ini.



Bagaimanapun, pada 8 Februari lalu, Shuk sudah berbaik dan berjaya memujuk semula isterinya selepas membuat kejutan membawa rombongan meminang ke kediamannya.

Shuk juga mengakui kesalahan dilakukan dan dia menyesal. Malah, janjinya selepas apa yang berlaku dia mahu melakukan yang terbaik buat isteri, anak-anak dan keluarga.

Untuk rekod, Shuk dan isteri, Sera mendirikan rumah tangga pada 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Nur Qurratu Ain, 4, dan Nur Assyifatu Aimi, kini berumur setahun.





www.myartis.com / Sumber & foto: Harian Metro, Instagram Shuk Sahar @rossa.sera

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: