03 February 2021

TEMUBUAL USTAZ EBIT LEW - NABIL AHMAD SEBAK DENGAR KISAH CERITA



Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew semalam telah dijemput oleh program MeleTOP secara atas talian untuk berkongsikan cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh beliau.

Menerusi temu bual itu, Ustaz Ebit turut bercerita tentang sedekah serta permulaan beliau melakukan kerja-kerja amal dan dakwah. Mendengar cerita perjalanan dakwah Ustaz Ebit, pengacara program tersebuat iaitu Nabil Ahmad sebak sehingga menitiskan air mata.

Lebih menjadi perhatian adalah jawapan Ustaz Ebit apabila Nabil ada bertanyakan apa yang membuatkan pendakwah itu terus istiqamah untuk membantu orang ramai.

Klik untuk gambar besar



"Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa 'Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia'," katanya.

Diakhir temubual itu, Nabil turut mendoakan agar misi bantuan Ebit Lew dipermudahkan serta meluahkan rasa rindu untuk bertemu dengan pendakwah tersebut.





 

ATAU KLIK LINK INI UNTUK TONTON VIDEO


 

www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: