03 February 2021

MACAM 'BABY BUMP', SARI YANTI HAMIL ANAK KELIMA?



Baru-baru ini, pelakon Sari Yanti menerusi laman Instagram miliknya telah memuat naik satu foto yang dirakam bersama rakan industri, Scha Alyahya.

Namun apa yang menarik perhatian, para peminat di ruangan komen bintang berkenaan mulai berteka-teki sama ada Sari kini sedang hamil anak kelimanya.

Rata-ratanya memuji penampilannya selain tak kurang yang menyentuh mengenai 'baby bump' yang seolah-olah jelas kelihatan di samping Scha yang kini sedang meniti hari bersalin anak kedua.

Klik untuk gambar besar



Malah, ada artis lain seperti Datin Almy Nadia misalnya turut sama memberikan reaksi lalu dibalas dengan tanda emoji oleh isteri kepada Jep itu.

Bagaimanapun, sehingga kini tidak dapat dipastikan sama ada Sari kini sedang berbadan dua atau sebaliknya. Apapun, kami mendoakan yang baik-baik sahaja buat Sari seisi keluarga.

Untuk makluman, Sari dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017 dan setakat ini dikurniakan sepasang cahaya mata. Sari juga mempunyai dua cahaya mata lelaki iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq hasil daripada perkahwinan terdahulu.






www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sari Yanti

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: