03 February 2021

GENAP SETAHUN BERCERAI - ELLY ARIFIN MAHU KEHIDUPAN PERIBADI DIHORMATI



"Bismillahirrohmanirrohim... 30hb Januari genap SETAHUN elly dan BEKAS SUAMI @jiggymasin bercerai dengan talak satu sejak 30 Januari 2020.

"Kami tak gaduh dan masih kekalkan hubungan yang baik tanpa bermusuh. Kami berpisah secara baik dan masih menghormati sesama sendiri. Malah kami kini lebih selesa menjalani kehidupan kami sendiri sekarang," tulis pengacara dan pelakon, Elly Arifin.

Elly menerusi satu entri yang dimuat naik di laman Instagram mendedahkan dia bersama bekas suami yang juga merupakan pelawak, Jiggy masih mempunyai hubungan yang baik meskipun sudah hampir setahun mereka memutuskan untuk membawa haluan masing-masing.

Menurut pengacara program Hlive, perpisahan tersebut berlaku dengan cara yang baik dan mereka masih menghormati antara satu sama lain.

Klik untuk gambar besar



Dalam pada itu, Elly turut berharap agar orang ramai jelas mengenai perkara tersebut dan tidak lagi membuat sebarang spekulasi lebih-lebih lagi apabila melihat mereka berhubungan bersama orang lain.

"Kenapa elly naikkan posting ni? I know I ain’t nobody. Bukan nak create drama atau nak dapatkan publisiti murahan tapi sebab ramaaaiiiiii sangat yang salah faham dengan status sebenar kami sejak tahun lepas dan mula timbulkan pelbagai spekulasi bila kami berkawan dengan manusia lain.

"Jadi Elly terpanggil untuk bagitau lagi sekali supaya takde orang tanya soalan yang sama berulang kali dan menimbulkan syak wasangka yang bukan-bukan," katanya.

Dalam pada itu, Elly turut menitipkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan sokongan buat dirinya selama ini.



"Anyways, thank you so much kepada kengkawan media yang baik hati sebab sudi mewar-warkan perkara ini untuk elak fitnah dan salah faham in the future.

"Apa-apa pun elly harap korang yang membaca ni pun dapat hormati kami dan tidak keluarkan hamburan yang memedihkan di social media kami because u have no idea what we've been through all this while.

"Thank you so much for your endless support guys and you know that we will always love you guys forever. Please stay safe! Kita jaga kita," akhirinya.

Untuk makluman, Elly, atau nama sebenar, Nurul Elyana Kamalul Arifin dan bekas suami, sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Selangor, pada 30 Januari lalu. Terdahulu, mereka mendirikan rumah tangga pada 9 September 2016.



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Elly Ariffin

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: