03 February 2021

TERLIBAT KEMALANGAN, INA NAIM TRAUMA: "KALAU SALAH TEKNIK ITU MUNGKIN ADA YANG MATILAH"



"Alhamdulilhah mereka dirempuh motorsikal yang laju langgar pintu sebelah kiri waktu mereka keluar nak membeli sarapan pagi semalam. Motorsikal itu tersangat laju, kalau salah teknik itu mungkin ada yang matilah.

"Tapi Allah selamatkan, semua okey. Cuma mungkin terkejut sikit, trauma sikit sebab rempuhan itu kuat,"demikian kata bekas penyanyi nasyid kumpulan InTeam, Suhaimi Saad yang memberitahu isterinya iaitu Ina Naim terlibat kemalangan ketika keluar membeli sarapan bersama anak-anak.

Kejadian yang berlaku pada pagi Isnin itu dikongsikan Suhaimi di laman Facebook. Difahamkan, kenderaan yang dipandu Ina dirempuh sebuah motorsikal. Walaupun tiada sebarang kecederaan yang dialami, Ina kini berada dalam keadaan trauma. Difahamkan, penunggang motorsikal tersebut juga dipercayai tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Klik untuk gambar besar




www.myartis.com / Sumber: Astro Gempak

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: