18 February 2021

TERIMA DENGAN HATI TERBUKA - SHUK BELUM SEDIA CERITA LEBIH LANJUT



Umum sedia maklum mengenai pelawak dan pengacara Shuk Sahar yang kini sudah ditamatkan kontrak sebagai penyampai radio stesen Hot FM yang berkuatkuasa mulai hari ini.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar ketika ditanya berhubung keputusan tersebut berkata dia menerimanya dengan hati yang terbuka.

Pengacara program 'I Can see Your Voice Malaysia' itu beranggapan bahawa itu keputusan terbaik dibuat oleh pihak pengurusan stesen radio popular itu.

Klik untuk gambar besar



Meskipun begitu, Shuk memberitahu bahawa dia kini belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut serta meminta sedikit ruang untuk bersendirian.

"Apapun keputusan yang dibuat ini adalah yang terbaik buat Hot FM. Jadi saya terima, cuma buat masa sekarang saya belum bersedia untuk bercerita dengan lebih lanjut. Beri saya ruang dalam tempoh sehari dua ini," ujarnya.

Shuk sebelum ini digantung tugas buat sementara waktu semenjak 24 Januari lalu gara-gara terpalit dengan satu kontroversi membabitkan hal rumah tangganya dengan seorang wanita dikenali sebagai Fara.




www.myartis.com / Sumber: Harian Metro

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: