18 February 2021

BAKAL DUDUKI SPM, DANISH MINTA RESTU KELUARGA - RAMAI LUAH RASA TERHARU



"Solat jemaah & doa selamat 'kita2 aje' sempena Abg @danishhakimofficial nak start exam SPM 22/2/2021 ni. Cabaran 'psikologi' buat Danish & semua pelajar2 form 5 tahun 2020 sepanjang tahun lepas hingga ke tahun ni.

"Doa kami buat Abg Danish & juga buat pelajar2 form 5 yg lain akan sentiasa mengiringi kalian semua Aamiin Ya Rabb," kata pelakon Norman Hakim mengenai anak sulungnya, Mohamed Danish Hakim yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tidak lama lagi iaitu pada 22 Februari ini.

Menerusi muat naik di laman Instagram, Norman bersama ahli keluarganya telah melakukan solat jemaah dan berdoa beramai-ramai buat Danish. Dalam perkongsian sebuah video, Danish dilihat turut bersalam dengan ahli keluarga bagi mengambil keberkatan daripada kedua orang tuanya.

Klik untuk gambar besar



Sementara itu, isteri kepada Norman iaitu pelakon Memey Suhaiza turut menitipkan dedikasi, sambil mendoakan agar kesemua calon SPM tahun ini dipermudahkan. Memey turut mengakui, pembelajaran secara norma baharu merupakan satu cabaran besar buat calon-calon terlibat.

"Abg @danishhakimofficial dah nak start exam SPM. Cabaran besar utk semua anak2 yg nak ambik exam sama baya dgn danish, dari tahun lps dgn situasi pembelajaran norma baru. Sampai waktunya juga utk exam. Semoga dipermudahkan segala urusan mu anak. Kami tau abg dah usaha sebaik mungkin.



"Semoga diterangi hati untuk jawab segala nya dgn mudah & tenang. Doa mama @abby_abadi112 abah @jaiezzany, mummy & papa @normanhakim_786 akn selalu mengiringimu Anak. Buat yg terbaik. We love u. All the best utk anak2 yg nak ambik spm juga ye. Semoga berjaya dunia akhirat.

"Jgn lupa minta ampun maaf pd semua, pada guru2, mintak halalkan segala ilmu, doa, & usaha buat yg terbaik.. semoga semuanya dipermudahkan," tulis Memey.

Untuk makluman, Danish merupakan anak sulung kepada Norman dan bekas isterinya, penyanyi dan pelakon Abby Abadi. Pasangan ini mendirikan rumah tangga sekitar tahun 2002 sebelum bercerai pada tahun 2008. Selain Danish, Norman dan Abby turut dikurniakan dua orang anak lain, Marissa Dania Hakim dan Maria Danisha Hakim.














KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON



www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan, Beautifulnara, Instagram Norman hakim & Memey Suhaiza

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: