14 February 2021

TIADA U-TURN - ISTERI KEDUA NEKAD BERCERAI SELEPAS 7 BULAN RUJUK



"Confirm, tak dak u-turn," itulah kata-kata isteri kedua pendakwah bebas, Pecetus Ummah (PU) Abu Sufyan iaitu Hana Azraa yang nekad dan tidak akan berpatah balik dengan keputusannya yang mahu bercerai ketika ditanya sama ada dia akan mempertimbangkan kembali perkara tersebut.

Sebelum ini, PU Abu yang lebih selesa untuk tidak berkongsi mengenai hal peribadi dengan khalayak umum itu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sedang menjalani proses penceraian dengan Hana.

Sejurus selepas berita itu diketahui umum, para netizen turut menanyakan mengenai hal tersebut kepada Hana selain meninggalkan kata-kata sokongan buatnya.

Hana dilihat tampil positif dan yakin bahawa ada hikmah buat dia dan anak-anaknya dalam menghadapi dugaan ini, meskipun ramai yang berharap agar hubungan kedua mereka berjaya.

Klik untuk gambar besar



Hana juga berkongsi bahawa penceraian kali ini merupakan kali kedua buat dia dan PU Abu, malah ianya diputuskan selepas 7 bulan mereka rujuk semula.

Dalam entri yang lain, Hana turut mengatakan bahawa dia ingin berhenti memikirkan hal jodoh buat sementara waktu dan memberi fokus untuk mengembangkan lagi perniagaan kosmetiknya selain menumpukan perhatian kepada anak-anaknya.

Apa-apa pun, kita doakan yang baik-baik sahaja buat mereka. Mungkin ini adalah jalan yang terbaik buat PU Abu dan Hana.






www.myartis.com / Sumber & foto: Beautifulnara, Instagram Hana Azraa & PU Abu Sufyan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: