31 March 2021

10 MENANTI PENUH SABAR - IRWANSYAH & ISTERI SELAMAT TIMANG ANAK LELAKI



Alhamdulillah... tahniah kami ucapkan kepada penyanyi dan pelakon Indonesia, Irwansyah dan isteri, Zaskia Sungkar apabila diserikan dengan kelahiran seorang bayi lelaki pada Selasa, selepas menunggu 10 tahun dengan penuh sabar.

Zaskia yang juga merupakan seorang pelakon itu bersalin menerusi kaedah pembedahan. Berita gembira itu dikongsikan Irwanshah menerusi laman Instagram pada pagi Rabu.

Pelakon filem 'Heart' itu turut berkongsikan nama putera sulungnya iaitu Ukkasya Muhammad Syahki yang dilahirkan dengan berat mencecah 3.4 kilogram di sebuah pusat perubatan di Jakarta, Indonesia.

Klik untuk gambar besar



"Assalamualaikum, anak solehku, Ukkasya Muhammad Syahki, anak baik. Terima kasih atas sokongan dan cintanya untuk keluarga kecil kami selama ini. Semoga Allah membalas setiap doa, ucapan manis dan sokongan kalian semua dengan kebaikan dan keberkatan," katanya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa teruja selain turut menitipkan doa semoga anak pasangan itu membesar menjadi anak yang soleh.

Untuk makluman, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 15 Januari 2011.
























KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON

 

 


www.myartis.com / Sumber & foto: mStar, Media Hiburan, Instagram Irwanshah, Zaskia Sungkar, Shireen Sungkar, @childbirthphotography & Youtube The Sungkars Family

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: