31 March 2021

PA NEELOFA & PA CHATIME - NETIZEN BONGKAR MEREKA ADIK-BERADIK?



Spekulasi mengenai selebriti popular Noor Neelofa dan suaminya, PU Riz ke Langkawi akhirnya telah terjawab apabila pihak polis mengesahkan mereka pergi ke sana atas urusan kerja dan bukan untuk berbulan madu.

Malah, Chatime juga turut mengeluarkan kenyataan memaklumkan Neelofa ke Langkawi atas urusan kerja bersama iaitu pembukaan cawangan baru di 3 lokasi iaitu Sungai Petani, Kangar dan juga Langkawi.

Bagaimanapun, netizen seolah tidak berpuas hati sehingga melakukan siasatan. Tular di Twitter apabila seorang pengguna mendakwa pembantu peribadi Neelofa dan Chatime merupakan adik beradik.

Klik untuk gambar besar



Menerusi perkongsian tersebut, turut disertakan profil kedua-kedua pembantu peribadi ini dimana nama bapa mereka adalah sama.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada nama bapa PA mereka kebetulan sama atau sebaliknya. Apa-apa pun kita nantikan sahaja pengesahan daripada pihak berkenaan.



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: