30 March 2021

27 MAC LALU - AINUL AISHAH SELAMAT BERTUNANG DENGAN KEKASIH, KHALID REDZUAN



Pelakon Ainul Aishah menerusi laman Instagram hari ini telah memaklumkan dia selamat mengikat tali pertunangan dengan kekasih hati, Khalid Redzuan pada 27 Mac lalu. Ainul atau nama sebenarnya, Ainul Aishah Azizun, 35, telah berkongsi beberapa momen indahnya itu untuk tatapan peminatnya.

"Engagement of Khalid Redzuan & Ainul Aishah, #KRxAA, #27/03/21. Pelamin : @dreamcatcherweddingplanner, Hand bouquet & dulang : @dreamcatcherweddingplanner, Dress AA : @afiqmofficial, Photo : @shevrulfarhan," tulisnya memberikan kredit.

Malah, turut dikongsikan bintang filem 'Histeria' ini ialah dekorasi pelamin serta hantaran pada mahljs bahagianya itu. Serentak dengan perkongsian tersebut, rakan artis dan peminat mengucapkan tahniah selain memuji pasangan yang sama cantik sama padan.

Sebelum ini menerusi platform media sosial sama, Ainul ada memaklumkan mengenai majlis itu menerusi satu hantaran. Terdahulu, hubungan cinta pasangan ini mula diketahui umum sejak beberapa tahun lalu.

Klik untuk gambar besar


















































www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ainul Aishah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: