30 March 2021

'BABY BUMP' KELIHATAN LAGI - PEMINAT UCAP TAHNIAH, YAKIN ELLY MAZLEIN KINI HAMIL



Penyanyi, pelakon dan pengacara Elly Mazlein sejak kebelakangan ini tular spekulasi mengenai dirinya sudah berbadan dua, namun tuan punya badan sehingga kini masih belum lagi mengesahkan perkara itu.

Hampir setahun mendirikan rumah tangga, ramai peminat mendoakan Elly Mazlein atau lebih mesra disapa Kak Lina Pom Pom, agar segera menimang cahaya mata.

Bagaimanapun, baru-baru ini tular lagi video perkongsian radio Suria FM di aplikasi TikTok apabila kelihatan lagi 'baby bump' pengacara program Muzikal Lawak Superstar 2 (MLS2) itu.

Klik untuk gambar besar



Lebih mengukuhkan khabar angin tersebut adalah perbualannya bersama penyampai radio DJ Lin yang seakan teruja selepas diberitahu sesuatu oleh Elly.

Ruangan komen video TikTok itu dihujani dengan ucapan tahniah daripada peminat yang begitu teruja melihat penampilan Elly. Malah, ada yang mengatakan mereka yakin bahawa Elly kini berbadan dua melihatkan daripada bentuk badan dan pergerakkannya.

Meskipun sudah menerima ucapan tahniah daripada peminat, namun Elly sendiri masih belum mengiyakan perkara tersebut. Apa pun sama-sama kita nantikan perkhabaran gembira itu.







www.myartis.com / Sumber: Ohmymedia

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: