04 March 2021

AKUI SUDAH BERTUNANG DENGAN JEJAKA SWEDEN - SAKINAH RAHSIAKAN TARIKH



Pelakon Sharifah Sakinah yang kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan seorang jejaka Sweden bernama Michael Hansen, baru-baru ini mendedahkan dia sudah pun bertunang dengan kekasihnya itu.

Tidak mendedahkan tarikh pertunangannya secara terperinci, Sakinah turut meminta netizen menghormati pendiriannya. Dalam pada itu, Sakinah berkata majlis pernikahan mereka akan diadakan dalam serba ringkas sahaja memandangkan ia perkahwinan kedua bagi mereka berdua.

"Saya gembira berkenalan dengan dia dan kami sudah pun saling mengenali hampir sembilan bulan. Sejujurnya, kami sebenarnya sudah bertunang," katanya.

Klik untuk gambar besar



"Cuma dari segi persiapan perkahwinan, saya kalau boleh tidak mahu membazir duit untuk majlis tersebut. Ramai sedia maklum jika berkahwin, ini merupakan yang kedua bagi saya dan Michael. Jadi kami mungkin buat keputusan untuk melangsungkan majlis akad nikah sahaja nanti, Insya-Allah,"ujarnya lagi.

Untuk makluman,, pasangan tersebut dilaporkan bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Mei hadapan bersempena dengan tarikh lahir mereka berdua.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Sharifah Sakinah

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: