04 March 2021

SUHAIMI SAAD TOLAK SUNTIKAN VAKSIN COVID-19, LEBIH RELA MATI



"Aku tak kecam ulama atau mufti, tak juga berniat menghasut sesiapa. Apa pun hujah orang, itu tidak akan semudah-mudahnya mengubah pendirian aku. Ini sebab aku pun ambil dalil dari al-Quran. Dalam al-Quran, Allah kata kalau kau ikut cara hidup kebanyakan manusia atas muka bumi ni, nescaya kau akan disesatkan dari jalan Allah.

"Aku rela mati berbanding membiarkan agama Allah dihina dan diperbodoh-bodohkan oleh musuh Islam. Dan aku minta pada Allah agar Allah buka seluruh hati manusia khususnya para mufti dan ulama untuk melihat kebenaran dengan mata pandang Allah," demikian kata penyanyi Suhaimi Saad yang memberitahu dia tidak mengecam ulama atau pun mufti, namun apa sahaja hujah mengenai vaksin ia tidak dapat mengubah keputusannya dimana dia nekad menolak vaksin Covid-19.

Semua mengetahui mengenai bekas anggota kumpulan nasyid In Team itu yang sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi kerana pendirian anti vaksin dan pernah membuang ubat hospital.

Klik untuk gambar besar



Nampaknya, Suhaimi sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila dia nekad menolak vaksin wabak tersebut meskipun Menteri Hal Ehwal Agama Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Bakri menyarankan umat Islam untuk mengambil vaksin, menerusi satu perkongsian di laman Instagram.

Dalam pada itu, suami kepada Ina Naim itu juga nekad bahawa dia lebih rela mati daripada membiarkan agamanya dihina dan diperbodohkan oleh musuh Islam.







www.myartis.com / Sumber: Rotikaya

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: