03 March 2021

BILA GERAI MINUMAN SHUK DISERANG, DISINDIR TIADA JOB



Semua mengetahui mengenai pelawak dan pengacara Shuk Sahar sebelum ini terpalit dengan beberapa kontroversi membabitkan rumah tangganya dengan isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah. Dia juga menjadi bahan bualan ramai berikutan perlucutan jawatannya sebagai penyampai radio Hot FM baru-baru ini.

Dek kerana itu, Shuk kini dilihat mencuba untuk berniaga air di tepi jalan di Wangsa Maju. Shuk bagaimanapun akui terkejut apabila gerainya diserang oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Memetik Utusan, Shuk berkata ketika kejadian dia bersama pembantu peribadinya Iskandar Nurzaman, didatangi seorang lelaki menaiki Myvi putih yang disangkakan mahu membeli minuman. Shuk juga mendakwa dia turut disindir oleh pemuda itu mencari rezeki dengan cara tersebut selepas kehilangan kerja.

"Dia memberhentikan kenderaanya di depan gerai, tetapi dari awal lagi saya sudah rasa pelik, dia pegang telefon seolah-olah sedang merekod video. Saya dan Iskandar tanya dia mahu beli minuman yang mana sebelum tiba-tiba disindir oleh lelaki itu.

Klik untuk gambar besar



"Berang dengan tindakannya, Iskandar cuba mempertahankan saya sebelum lelaki tersebut bertindak agresif dan cuba memukulnya. Saya cuba halang dan mungkin kerana tidak puas hati, dia kemudiannya menolak barangan jualan di meja sebelum pergi begitu sahaja," katanya.

Dalam pada itu, Shuk tertanya-tanya apakah motif sebenar lelaki tersebut dan tidak teragak-agak untuk membuat laporan polis.

"Saya sempat tengok nombor plat keretanya tetapi tak akanlah saya nak sebarkan pula. Buat masa sekarang, saya tengok dulu macam mana, kalau perlu buat laporan polis, mungkin saya akan pergi ke balai.

"Saya cuma nak tahu kenapa dia tergamak buat begitu dan apa niatnya sebab seolah-olah dia memang mahu cari pasal sejak dari awal," ujarnya.










    











KLIK VIDEO DIBAWAH INI UNTUK TONTON:

VIDEO 1


VIDEO 2



www.myartis.com / Sumber: Rotikaya & Utusan

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: