17 March 2021

ASHIRA SEBAK TINGGALKAN RUMAH KAKAK: "NAK TUNJUK I HAPPY, TAK NAK YOU SUSAH HATI LAGI"



Menerusi satu muat naik di laman Instagram, penyanyi Ashira memberitahu dirinya berasa agak sebak apabila perlu berpindah keluar daripada rumah kakaknya yang selama ini banyak berjasa dan membantunya saat dia susah.

Jelas Ashira atau nama sebenarnya Sharifah Nur Ashira, dia amat menghargai setiap apa yang telah dilakukan oleh kakaknya itu dan sehingga kini dia sendiri tidak tahu bagaimana untuk membalas jasa individu terpenting di dalam hidupnya itu.

"Kami gang. Cane nak cakap eh... masa Shira terduduk jatuh ditimpa beberapa ujian dia lah yang tarik tangan Shira suruh Shira bangun. Tak tau macam mane nak balas jasa you.

"Thank you banyak support I, help me when I need it. Thank you tumpangkan I, jaga makan minum masa I tak mampu. Thank you selalu doakan I," tulis bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) itu.

Klik untuk gambar besar



Dalam entri tersebut juga, Ashira tidak mahu kakaknya itu berasa susah hati lagi untuk memikirkan mengenai dirinya kerana menyifatkan dia kini sudah pun menemui kunci kebahagian hidupnya.

Ibu kepada seorang anak ini dalam masa sama turut menitipkan ucapan terima kasih selain turut mendoakan semoga kakaknya itu akan sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

"Thank you layan karenah senget adikmu nie. I sebak masa ambik barang-barang nak pindah Tapi I just nak tunjuk kat u I happy I tak nak u susah hati lagi.



"Semoga Allah merahmati kehidupan you sekeluarga, diperluaskan pintu rezeki. Kak Aku sayang ko giler! Thank you so much! Love you more than u know. P/s jgn nangissss," katanya.

Melihat pada ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut berharap agar perkahwinan yang dibina oleh Ashira dan Bad akan berkekalan hingga ke jannah.

Pada 11 Mac lalu, Ashira telah selamat melangsungkan perkahwinannya bersama jejaka pilihan yang juga merupakan anggota kumpulan, Indigo, Bad. Pasangan ini dinikahkan oleh bapa Ashira iaitu Syed Abdul Aziz Syed Alwi di Masjid Tuaku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.





www.myartis.com / Sumber & foto: Media Hiburan & Instagram Ashira

         ________________________


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: